Latarbelakang Syarikat

Image 01

ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera.

ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat.

Kata-Kata Aluan Pengasas

Image 01

Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum w.b.r

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersua lagi di ruangan ini. Sedar tak sedar, hampir 6 tahun ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD bertapak dalam pasaran negara. Alhamdulillah, hari ini ALMAS sudah mampu berlari dan mengejar apa yang pengedar dan pengguna hajati. Syukur dengan segala perit jerih selama ini dalam membangunkan nama ALMAS berbalas, apabila mula melihat kepada perkembangan pengguna setia ALMAS yang semakin hari semakin meningkat naik.

Saya, Datin Maziah Haji Mohamed, selaku Pengasas ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD akan terus berusaha menaikkan lagi nama ALMAS ke seantero dunia walaupun pelbagai jenama kosmetik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan yang tak terhingga kepada semua stokis, pengedar, staf dan pengguna setia ALMAS kerana telah sama-sama menyokong dan terus menjadikan ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD sentiasa meniti di bibir pengguna. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana telah mengangkat nama produk keluaran ALMAS, sekaligus menjadikan ALMAS setanding dengan produk keluaran antarabangsa yang lain.

Bertemakan moto syarikat iaitu 'CANTIK, CERAH, GEBU, jenama ALMAS terdiri daripada rangkaian set kosmetik iaitu Set Percubaan 2 Dalam 1 dan Set Rawatan Pencerahan Wajah 5 Dalam 1, lipstick berkolagen + Vitamin E iaitu Superlips dan Set Pelangsingan iaitu Slimdah Fiber Sol Café dan Daslym Diet Formula. Terkini, ALMAS mengeluarkan Jus Nusantara yang digelar "Penghulu Segala Produk" , di mana ia mengandungi 1001 khasiat yang membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.

Syukur Alhamdulillah, dengan adanya pelanggan seperti anda yang sentiasa menyokong dari belakang, ALMAS akan terus menarik lebih ramai pengguna dari dalam dan luar negara dengan memperlbagaikan rangkaian produk terbaharu, di samping menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Demi merealisasikan impian semua, ALMAS berusaha lebih keras lagi bagi memasarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang bermutu tinggi setanding dengan produk antarabangsa, tetapi dengan harga yang cukup berpatutan dan mampu dimiliki semua golongan.

Jadi, kami di ALMAS amat mengharapkan kerjasama anda untuk memberi maklum balas atas apa jua produk yang kami hasilkan. Sebarang komen dan maklum balas anda akan kami pertimbangkan dan ia sebagai rujukan untuk mengeluarkan produk yang lebih bermutu lagi pada masa akan datang. ALMAS juga bukan sahaja peka dengan kecantikan dan kesihatan pelanggan, malah kami juga sedaya upaya mahu membantu anda di luar sana menjana pendapatan di samping membangunkan ekonomi keluarga dengan memasarkan produk-produk keluaran ALMAS.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat mencuba produk keluaran ALMAS. Kepuasan anda adalah kebanggaan kami.

Datin Hajah Maziah Haji Mohamed
Pengasas

Almas Beauty & Health Sdn Bhd

Kata-Kata Aluan Pengarah Urusan

Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum w.b.r

Image 02

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersua lagi di ruangan ini. Alhamdulillah, hari ini ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD sudah mampu berlari dan telah setanding dengan jenama lain di pasaran. Dalam tempoh 6 tahun bertapak sebagai pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, ALMAS menjanjikan pengeluaran produk yang bermutu tinggi, berkesan dan berkualiti serta memastikan ALMAS sentiasa di hati pengguna.

Pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan merupakan industri berpotensi untuk dimajukan selaras dengan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan. Ia juga turut memberi semangat kepada kami untuk menaiktaraf ekonomi individu yang berminat dengan memasarkan produk ALMAS ke pasaran, sekaligus mempromosi barangan buatan Malaysia. Keprihatinan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memajukan industri ini melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk ke pasaran antarabangsa.

Untuk makluman anda, pihak kami sangat berhati-hati dalam mengeluarkan satu-satu produk, apatah lagi produk penjagaan kesihatan, di mana kaedah R&D dijalankan. Pihak syarikat juga bukan mudah untuk mengeluarkan sesuatu produk, sebaliknya memberikan tempoh percubaan pada mana-mana individu iaitu antara tempoh 6 bulan hingga 1 tahun sehingga berpuas hati dengan keberkesanan produk berkenaan. Selepas itu, baharulah lahirnya produk berkenaan seperti yang telah berada di pasaran sekarang.

Kini, semua produk keluaran ALMAS yang berada di pasaran tidak perlu diragui lagi kerana ianya melalui kaedah halalan toiyibban (HALAL), suci lagi bersih, bertaraf GMP yang dipantau oleh JAKIM serta mendapat kelulusan KKM, 100 peratus keluaran syarikat Bumiputera dan gunakan dengan yakin.

Saya, Dato' Hassanal Bolkiah Haji Abd Wahab, selaku Pengarah Urusan ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD akan terus berusaha menaikkan lagi nama ALMAS agar terus bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang ternama di abad ini. Sebagai sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, ALMAS sentiasa dalam perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak lagi rangkaian produk yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua stokis, pengedar, staf dan pengguna setia ALMAS kerana telah sama-sama menggembeling tenaga menaikkan nama ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD.

Dato' Haji Hassanal Bolkiah Hj Abd Wahab
Pengarah Urusan
Almas Beauty & Health Sdn Bhd

Moto Syarikat

Image 02

Berbekalkan moto syarikat iaitu 'CANTIK, CERAH, GEBU', matlamat utama syarikat adalah membantu para pengguna selain daripada terus sihat dan kekal cantik, mereka juga boleh menjana pendapatan. ALMAS juga menyediakan peluang perniagaan yang hebat bagi usahawan-usahawan yang berminat dalam mengembangkan urusan perniagaan masing-masing.

Aluan

Image 01

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD.

Kami sentiasa komited dalam memberikan anda maklumat berkaitan produk-produk keluaran ALMAS. Segala maklumat yang terdapat di laman sesawang ini diharap dapat membantu para pelanggan dalam menilai dan memilih setiap produk yang sesuai untuk dimiliki memandangkan rangkaian produk keluaran ALMAS dijamin berkualiti, bersih, halal lagi suci. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan konsultasi secara percuma untuk para pelanggan yang dihormati.

Image 01

Terima kasih juga kepada rakan-rakan niaga dan pelanggan setia kerana telah menyokong produk-produk ALMAS sehingga dikenali ramai. Sokongan yang tidak berbelah bahagi inilah yang telah memberi kami semangat untuk terus menghasilkan produk-produk terbaik serta memberikan mutu perkhidmatan yang sempurna dan cemerlang untuk anda.

Image 01
Visit Us On Google PlusVisit Us On InstagramVisit Us On FacebookVisit Us On Youtube