Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.

Sempenan bulan Ramadhan pada kali ini, Almas Beauty & Health mengambil peluang untuk sama meraikan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.

Majlis yang dianjurkan oleh rancangan Jom Singgah turut menjadikan tempat ini sebagai lokasi rakaman rancangan Jom Singgah Dan 9 Soalan.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah isi penghuni rumah ini apabila Datin Maziah menghulurkan sumbangan berbentuk duit raya pada setiap seorang. Semoga majlis amal ini mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t, Insyallah.

Visit Us On Google PlusVisit Us On InstagramVisit Us On FacebookVisit Us On Youtube