1. Madu Asli TIDAK akan mengkristal
“Benarkah jika madu ada kristal, madu itu tidak asli, telah dicampur dengan gula?.” Pasti anda pernah dengar.
Sebenarnya, madu asli akan mengalami situasi begini sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai. Proses kristalisasi.
Ini terjadi secara semulajadi kerana tahap konsentrasi gula yang tinggi, iaitu 70% gula dan 20% air. Terdapat 2 kandungan gula dalam madu, glukosa dan fruktosa.
Menyebabkan kristalisasi adalah glukosa kerana glukosa memiliki tingkat kelarutan yang lebih rendah berbanding fruktosa dimana akan menghasilkan keadaan super tepu ‘supersaturated’ secara spontan dan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air dan membentuk kristal yang teksturnya halus. Maka terhasil kristal.
Kecepatan pembentukan kristal pada madu bergantung pada perbandingan glukosa dan frukosa pada madu. Madu dengan kadar glukosa yang lebih tinggi daripada fruktosanya akan mengkristal lebih cepat.
Selain itu, kecepatan kristalisasi pada setiap jenis madu juga berbeza. Beberapa jenis madu akan mengkristal dalam beberapa minggu setelah diekstrak dari sarang. Sementara beberapa jenis lainnya akan tetap dalam bentuk cair setelah berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Kondisi penyimpanan juga mempengaruhi pembentukan kristal pada madu. Madu dapat membentuk kristal dengan lebih cepat jika disimpan pada suhu 10-15°C (suhu peti sejuk). Namun, jika disimpan pada suhu dibawah 10°C (suhu pembeku/frezeer), suhu pembentukkan kristal adalah perlahan. Suhu rendah akan meningkatkan kepekatan madu (madu akan menjadi pekat pada suhu dingin), sehingga pembentukkan kristal menjadi lambat. Sementara itu madu tidak akan membentuk kristal jika disimpan pada suhu sekitar 25°C (suhu bilik).
Proses kristalisasi ini sama sekali tidak menurunkan kualiti madu melainkan hanya mengubah tekstur dan juga warnanya. Bahkan, kristalisasi ini juga dapat menjadi indikator jika madu tersebut berkualiti tinggi. Anda tetap dapat menikmati nutrient ketika dalam bentuk kristal mahu pun selepas mencairkannya dengan teknik mengunakan ‘double-boiler’.
Madu Asli Almas madu organik. Madu dari pergunungan Sabalan Azarbayjan.