Produk Kategori

Khasiat Buah Delima

Buah delima sememangnya sinonim dengan masyarakat melayu di Malaysia. Bak kata pepatah bibir bak delima merkah, malah dalam nyanyian kanak-kanak dahulu juga didendangkan “merah-merah delima”. Isinya yang berwarna kemerahan sangat menarik sehingga dijadikan perumpamaan dan bidalan oleh orang-orang tua dahulu.

Tetapi kini buah delima telah dikenali seluruh dunia kerana rata-rata telah mengetahui dan telah terbukti secara saintifik tentang manfaatnya. Delima yang sarat dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit berbahaya. Buah delima turut bertindak sebagai anti-penuaan serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit.

Malah dalam Al Quran juga ada diceritakan tentang buah yang berasal dari syurga ini, diantaranya:-

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud: “Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud: “Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya . Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman”. (Al-An’am : 99)

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga” (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)

Manakala dari petikan Sinarharian online bertarikh 23 Jan 2019 yang bertajuk “Ajaibnya buah delima!” membuktikan khasiat delima jika diambil sedikit setiap hari secara berterusan mampu memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh.

Di dalam artikel tersebut ada menyebut khasiat-khasiat delima yang perlu kita ketahui :
1. Rawat kanser prostat
2. Turunkan paras kolestrol
3. Kurangkan tekanan darah tinggi
4. Cegah dan melambatkan penyakit Alzheimer
5. Sumber Nutrisi
6. Mencantikkan kulit
7. Baik untuk ibu mengandung

Rahman Baco merupakan seorang ahli farmasi berdaftar dan berpengalamn dalam laporannya menyatakan tips bagaimana memilih delima :

– Sila pilih buah yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.
– Buah delima boleh tahan enam bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
– Untuk produk berasaskan delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula!

Sumber dari : https://www.sinarharian.com.my/article/9224/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Ajaibnya-buah-delima!

Buah delima kini lebih mudah didapati dalam bentuk jus minuman, ianya lebih mudah dan cepat. Terutamnya pada ibu mengandung dan orang-orang yang berusia untuk menjadikan delima minuman harian. Pastikan bukan mereka sahaja malah kita sama-sama mendapatkan manfaatnya.


Delima merupakan salah satu diantara bahan utama yang terkandung dalam Jus Nusantra Gold dan Jus Nusantara Biasa. Rasanya yang masam-masam manis adalah dari rasa buah delima, kurma dan  madu. Yang pastinya Jus Nusantara Gold dan Jus Nusantara biasa tidak mempunyai gula tambahan mahupun gula sintetik. Diproses dikilang yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik), 100% keluaran bumiputera bagi memastikan mutu dan hasil yang terjamin. Pastikan yang original.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *