Produk Kategori

CSR Yayasan Qaseh Almas : Ramadhan Al Mubarak 1442H (2021)

Ramadhan Ya Marhaban 1442H/2021

Alhamdulillah…kita berkesempatan lagi bertemu dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Walaupun negara dilanda pendemik covid 19, namum aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tetap terus dijalankan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, cumanya mengikut SOP dan dalam norma baru. Perlu diingatkan disamping memberi bantuan juga harus menjaga keselamatan sesama kita agar niat murni tidak mendatangkan kemudaratan sesama sendiri. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Pasukan Yayasan Qaseh Almas mengambil kesempatan didalam bulan yang pernuh berkah ini dengan menziarahi keluarga-keluarga asnaf yang berdekatan disamping memberikan sumbangan dalam  bentuk barang keperluan harian bagi menampung serba sedikit perbelanjaan keluarga tersebut. Golongan asnaf ini adalah dikalangan ibu tunggal, warga emas, keluarga miskin yang kehilangan pekerjaan sejak dari pkp pertama lagi. Rata-rata golongan ini amat terkesan dengan krisis yang melanda ekonomi negara kita sekarang. Kami juga turut mengagih-agihkan beras kepada sekolah-sekolah tahfiz  disekitar selangor. Pasukan Yayasan Qaseh Almas tidak putus-putus mendapatkan bekalan beras yang secukupnya bagi memastikan sumbangan dapat di lakukan dengan lancar. Kami yakin sumbangan seperti ini sangat dialu-alukan oleh pihak pengurusan tahfiz.

Tidak dilupakan juga hadiah kepada stokis-stokis dan pelanggan setia Almas. Agihan hamper beserta buah kurma turut juga diedarkan bermula dari minggu kedua berpuasa dan sehingga ke minggu terakhir ini. Kami berpeluang berjumpa serta mengenali dengan lebih dekat dan bertanya khabar serta bertukar-tukar pendapat. Diharap ikatan yang terjalin mengeratkan lagi ukhwan sesama kami sampai bila-bila.

Laporan bertarikh 07/05/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *