2. Madu Asli TIDAK dihurungi semut
Dari zaman dahulu telah berakar umbi jika anda ada mendengar “madu yang tidak dihurung oleh semut adalah madu asli”; ternyata ianya suatu mitos.
Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Ada pendapat mengatakan madu asli turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun bezanya, ada madu asli yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi.
Timbalan Pengarah Program Perekaan MARDI, Dr. Suri Roowi berkata, “Biasanya madu asli tidak dikerumuni semut jika masih segar selepas dituai. Walau bagaimanapun semut boleh datang jika bau wangi hilang tetapi cara ini belum dapat dibuktikan secara saintifik sebaliknya perlu diuji di makmal, ujarnya sambil memberitahu MARDI akan membangunkan kit mengenal pasti ketulenan madu secara lebih pantas.
Faktanya madu asli atau tidak asli, semut tetap datang. Merujuk pada kajian Dr Wan Iryani pula (Pakar Keaslian Madu Malaysia), seperti dalam gambar diatas, madu asli (A) dan air gula (B), dua-dua semut datang. Namun sekiranya madu tidak asli dan bercampur bahan kimia, tiada semut yang datang sebab mereka pun tahu itu bahaya!. Namun sekiranya wujud madu asli yang didatangi semut, tidak semestinya madu itu tidak asli).
Kredit gambar dan maklumat : Dr Wan Iryani Wan Ismail
Bahkan kalau ditanya kepada pakar kawalan semut, madu adalah perangkap yang berkesan untuk semut. Jadi dari manakah datang mitos ini?
Secara ringkasnya semut bukan penentu keaslian madu. Untuk memastikan sama ada madu tersebut asli atau tidak hanya boleh dipastikan melalui ujian makmal. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
Madu Asli Almas adalah madu organik. Madu dari pergunungan Sabalan Azarbayjan.