3. Sudu Besi BOLEH Merosakkan Khasiat Madu Asli
Amalan penggunaan barangan daripada besi adalah dilarang dikalangan pengedali dan pengamal perubatan berasaskan madu. Secara tradisi turun-temurun, kebiasaannya tuaian madu dari sarang adalah menggunakan pisau yang diperbuat dari tanduk. Malah para penternak juga mengelakkan penggunaan bekas kaca yang penutup diperbuat daripada besi. Dikhuatiri pengaruh besi dalam pengendalian madu akan merosakkan khasiat madu.
Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Sebenarnya terdapat dua isu utama dalam soalan ini. Adakah mineral dalam madu boleh mengalir melalui besi? Dan adakah ada tindak balas antara madu dan besi. Ini kerana madu sendiri adalah bersifat asidik. Kajian yang dijalankan menunjukkan nilai pH bagi madu adalah lingkungan 3.5 hingga 6.1, bergantung kepada jenis dan pemprosesan yang telah dijalankan. Apa bahan yang bersifat asidic akan memberi tindak balas pada besi. Bukti telah menunjukkan titikan madu pada pada zink aluminium boleh menghasilkan tompok putih yang mana ini menunjukkan tindakan asid terhadap kepingan besi tersebut telah berlaku (Merujuk pada gambar di bawah). Disamping itu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan penutup besi yang digunakan untuk menutup botol yang berisi madu akan mudah berkarat jika dibandingkan dengan bahan lain.
Kredit gambar dan maklumat : https://www.kelablebahkelulut.com/2015/01/sudu-besi-boleh-merosakkan-khasiat-madu.html
Manakala popular dikalangan pengguna terdapat petua mengatakan madu tidak boleh dimakan menggunakan sudu besi kerana bila makan pakai besi, khasiat boleh mengalir melalui sudu besi dan menyebabkan khasiatnya berkurangan. Kedua, ada yang mengatakan madu itu asid, dan bila tersentuh besi akan berlaku tindakbalas kimia dan besi akan larut dalam dalam madu dan dikhuatiri masuk dalam perut.
Kita ikuti penjelasan dari Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia : “Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas.”
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Beliau berkongsikan jawapan kepada persoalan di atas, selepas ini tak perlu risau lagi untuk menggunakan sudu besi. Pastikan ceduk madu dan terus makan.
Madu Asli Almas adalah madu organik. Madu dari pergunungan Sabalan Azarbayjan.